Seorang pemandu pelancong sambilan, Noornabilla Azemi berdepan mengalami satu detik hitam apabila dia dipukul oleh lelaki dari Malaysia di Jepun kerana rasa tidak puas hati.
Dalam kejadian yang berlaku 6 bulan lalu, Noornabilla dipukul, ditarik rambut da badannya dipihak dengan kasut but sehingga mengalami kesan lebam dan ia turut dirakam rakan suspak menggunakan telefon bimbit.
Artikel berkaitan : Cipta Sejarah, Politeknik Port Dickson Wakili Malaysia Ke Pertandingan Robot Sumo Di Tokyo, Jepun
Artikel berkaitan : Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Di Tokyo Ketika Bertugas
“Saya dipukul, kepala dihentak ke besi katil dan diugut bunuh oleh seorang pengusaha pelancongan lelaki dari Malaysia dalam kejadian yang turut disaksikan suami di sebuah rumah sewa rakan di Jepun pada 24 Januari lalu. Laporan polis sudah dibuat enam bulan lalu tetapi lelaki itu masih bebas sehingga kini.”
Jelasnya lagi, dia yang berada di Jepun ketika itu bagi mengendalikan satu kumpulan pelancong Malaysia di Tokyo atas tugasan diberikan sebuah agensi pelancongan tempatan.
“Saya mengenali lelaki itu sejak dua tahun lalu dan beberapa kali pernah ditawarkan tugas sebagai pemandu pelancong dengannya, namun tidak menyangka dia sanggup bertindak ganas akibat tidak berpuas hati kononnya saya memasuki kawasan dimonopolinya di Tokyo.”
Katanya, ketika kejadian itu, suaminya, Mohamad Zhaza Mohamad dan seorang lagi rakan dari Malaysia yang menetap di Tokyo turut dibelasah dan suspek juga merampas wang tunai berjumlah 75,000 yen (RM2,300) serta mendesak mereka untuk segera pulang ke Malaysia.
Memetik laporan Berita Harian, suspek difahamkan seorang penulis buku pelancongan ke Jepun dan aktif berkongsi maklumat di media sosial.
Berikutan dengan insiden tersebut oornabilla membuat laporan kepada polis Jepun dan Kedutaan Malaysia di Tokyo dan selepas pulang ke tanah air, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, selain melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik dan Hospital Cyberjaya.
Noornabilla berkata, pada April lalu, dia ada datang semula ke Jepun bagi mengikuti perkembangan siasatan dan pihak berkuasa negara itu memaklumkan siasatan masih dibuka serta memerlukan kerjasama pihak Kedutaan Malaysia.
Beliau yang kini mempunyai bukti dan saksi berhubung dengan kejadian itu sedia memberikan kerjasama pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Noornabilla berkata, pada April lalu, beliau datang semula ke Jepun bagi mengikuti perkembangan siasatan dan pihak berkuasa negara itu memaklumkan siasatan masih dibuka serta memerlukan kerjasama pihak Kedutaan Malaysia.
Dalam pada itu, Pengurus Mind Pro Management (MPM), Ena Awil meluahkan rasa kesal kerana iada tindakan susulan terhadap lelaki terbabit walaupun laporan polis dibuat lebih 6 bulan lalu.
Beliau berkata, lelaki tersebut masih bebas, manakala mangsa dibayangi trauma dan kes ini membabitkan isu keselamatan serta maruah wanita yang diperlakukan secara kejam.
Namun begitu, beliau memahai kerana kes ini berlaku di luar negara dan polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat atau mendakwa pelaku terbabit. Oleh sebab itu pihaknya memanjangkan kes ini kepada tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat atau mendakwa pelaku terbabit.
Sumber : Berita Harian