syaz ft 2025 08 14T122649.570

Anak sedih apabila mendapat tahu kubur ibunya diperlakukan dengan begitu buruk apabila kepuk serta batu nisan lesap dicuri.

Melati Abd Ghani, 48, menceritakan kisah pusara ibunya, Allahyarham Rahmah Yaakob di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ibor, Batu 3 di Pedas, Negeri Sembilan menjadi mangsa selepas kepuk, batu nisan dan batu sungai hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Artikel berkaitan: Gali Kubur Semula Untuk Siasatan Jenayah, Ini Penjelasan Mufti

Artikel berkaitan: Pemindahan Kubur Di Klang: Anak Terkejut Lihat Jenazah Bapa Saudara Masih Elok, Kaki Bengkok Jadi Lurus

Menurut laporan Harian Metro, Melati berkata, niatnya dan adik-beradik memasang kepuk di pusara emak mengelak tanah runtuh, bukan sebagai hiasan manakala pokok bunga ditanam supaya kelihatan berseri.

“Kami adik-beradik sudah buat yang terbaik untuk jaga kubur tapi ada tangan ghaib pula mencuri sampai berasa kubur (tanah perkuburan) pun sudah tak selamat,” luahnya.

Meskipun niatnya baik, namun Melati tidak menyangka ada individu tergamak mencuri kepuk, nisan dan batu sungai diletakkan dengan kehilangan itu disedari adik ketika menziarahi pusara ibunya pagi semalam.

“Adik kongsi gambar di kumpulan WhatsApp keluarga dan bila tengok, memang terkejut kerana sampai macam itu sekali ada yang tergamak buat dekat kubur emak.

Tak ada yang tinggal kecuali batu nisan tertera nama emak dan ia pertama kali berlaku selepas kami adik beradik cantikkan kubur arwah pada Mac selepas meninggal dunia Ramadan tahun lalu akibat sakit tua.

Tak tahu kerja siapa tapi yang pasti bukan penduduk kampung kerana belum pernah jadi kes itu di tanah perkuburan berkenaan sebelum ini,” kongsinya.

Difahamkan, Melati ada meminta adiknya membuat laporan polis supaya pihak berkuasa maklum dengan apa yang berlaku.

Pada masa sama, Melati berharap tanah perkuburan itu dipantau kerana bimbang kes sama berulang dan lebih banyak pusara menjadi sasaran.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.