1babi

Penyakit Demam Babi Afrika (ASF) kembali mencetuskan kebimbangan apabila tiga ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan dijangkiti virus tersebut.

Screenshot 2025 07 13 at 11.41.35 AM

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab, keputusan ujian makmal mengesahkan kehadiran virus ASF di ladang terlibat, dengan dua daripadanya mencatatkan kadar kematian ternakan yang tinggi.

Notis sekatan pergerakan telah dikeluarkan kepada ladang terbabit di bawah Seksyen 18 Akta Haiwan 1953. Pergerakan haiwan dari ladang itu hanya dibenarkan ke rumah penyembelihan yang ditetapkan, bagi mengelakkan penyebaran virus ke kawasan lain.”

Ujar beliau lagi, pemantauan biosekuriti dan aktiviti persampelan sedang dipergiatkan di ladang-ladang berdekatan yang menunjukkan tanda-tanda klinikal jangkitan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, penternak diingatkan agar segera melaporkan sebarang kematian luar biasa dalam ternakan dan meningkatkan tahap kebersihan serta keselamatan biosekuriti di premis masing-masing.

Walaupun ASF tidak menjangkiti manusia, ia memberikan kesan ekonomi yang besar kepada industri ternakan babi akibat sekatan pergerakan haiwan serta potensi kerugian kewangan.

Kampung Selamat kini menempatkan sebanyak 63 ladang babi dengan anggaran populasi lebih 120,000 ekor. Dr Saira turut menyeru penternak agar menghadkan kemasukan pihak luar dan kenderaan tanpa disanitasi, selain mematuhi semua protokol kebersihan ditetapkan.

Sumber: Buletin TV3

Baca: “Kadang-kadang kita terlupa bahawa lain negara, lain caranya” – Syasya Rizal Perjelas Isu Termakan Daging B*bi

Screenshot 2025 07 13 at 11.38.54 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.