ft anwar mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kabinet hari ini memutuskan agar tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.

Tambah beliau, kabinet juga mengambil kira status Tun M sebagai bekas Perdana Menteri. Kenyataan itu diumumkan bagi menjawab persoalan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel berkaitan : PMX Bakal Umum Kejutan Buat Rakyat Minggu Depan

Artikel berkaitan : PMX Minta Penjelasan Putin Tentang Laporan Rusia Bertanggungjawab Tembak Jatuh MH17

“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan PM yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah.”

“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan.”

“Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil.”

Tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan agar siasatan jenayah dibuat terhadap Mahathir.

Dalam laporan yang telah dinyahklasifikasikan di Parlimen pada 5 Disember, RCI menyatakan bahawa Tun M telah mengelirukan Jemaah Menteri pada tahun 2018 untuk menarik balik semakan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

8f5066a2ca508f5a3f13667e7e535487 1

Bahkan, mereka juga berpandangan bahawa Malaysia masih mempunyai peluang untuk membatalkan keputusan mahkamah tersebut. Dalam pada itu, Anwar juga menjawab kritikan tentang dakwaan kejayaan kerajaan dalam meraih pelaburan asing yang berjumlah berbillion ringgit.

Jadi, beliau menegaskan bahawa pelaburan asing yang diumumkannya adalah sahih dan kini sedang dilaksanakan, bahkan bukan masalahnya jika pihak yang kritik dirinya gagal melihatkan pelaksanaan tersebut.

Sumber : Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.