FT IMAGE LM 8

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 3 JULAI 2025 – Platform e-dagang yang dipercayai di
Malaysia, TikTok Shop terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan langkah
perlindungannya dengan melanjutkan tempoh Pemulangan Percuma daripada 15 hari
sehingga 30 hari, khususnya untuk produk berjenama tulen yang dibeli di TikTok Shop Mall.

“Keyakinan pengguna merupakan asas sebuah ekosistem e-dagang yang dinamik dan mampan, dan kami komited untuk terus meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian buat komuniti kami. Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari yang dipertingkatkan ini akan memberikan lebih jaminan kepada pembeli sambil memacu pertumbuhan jenama dan pencipta afiliasi,” kata Pengarah Kerjasama Strategik, TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz.

“Kajian kami menunjukkan, ketenangan fikiran berkait rapat dengan tabiat pembelian yang lebih kukuh bagi lebih 80% pengguna. Dengan memanfaatkan polisi Pemulangan Percuma 30 Hari dan Jaminan Ketulenan 100% yang ketat oleh TikTok Shop Mall, jenama-jenama serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan akan dapat membina kredibiliti, mempercepat kadar penukaran jualan, serta menggalakkan pembelian berulang,”tambah beliau.

Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari di TikTok Shop Mall direka untuk mewujudkan
pengalaman selepas jualan yang adil bagi pembeli serta penjual. Ia juga melindungi penjual
daripada tingkah laku penipuan, dengan membenarkan mereka menolak permintaan
pemulangan jika keadaan produk tidak memuaskan. Selain itu, TikTok Shop akan
menanggung kos penghantaran bagi pemulangan atas sebab ‘Tidak Lagi Diperlukan’, sekali
gus memberi lebih keyakinan kepada pembeli tanpa membebankan penjual.

Sejak pelaksanaannya pada awal Jun 2025, rakyat Malaysia kini boleh menikmati
Pemulangan Percuma 30 Hari yang dipertingkatkan apabila membeli ribuan produk
berjenama tempatan dan antarabangsa di TikTok Shop Mall, termasuk CLEF Beauty,
Dododots, Christy Ng, BONIA, ELGINI, Lancôme, Pensonic, PUMA, Johnson’s Baby,
OGAWA dan sebagainya.

Pembeli boleh mengenal pasti jenama TikTok Shop Mall secara mudah melalui lencana
rasmi ‘Mall’ yang dipapar dengan jelas di sebelah tajuk produk. Semua pesanan produk
dengan lencana ‘Mall’ dilindungi di bawah polisi Pemulangan Percuma 30 Hari. Setelah
pesanan diterima, pembeli mempunyai tempoh 30 hari untuk memulakan permintaan
pemulangan melalui Halaman Pesanan dalam aplikasi.

Jenama yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang TikTok Shop Mall boleh
melayari Akademi TikTok Shop untuk maklumat lanjut.