syaz ft 2025 07 25T162458.272

Umum mengetahui 26 Julai (Sabtu) ini akan berlangsungnya Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan #TurunAnwar dan dibantu oleh pihak Pembangkang Malaysia, yang terdiri daripada parti politik di dalam komponen Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti kecil lainnya.

Tujuan demonstrasi ini diadakan antara lain bagi menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Hari ini, tular sebuah gambar yang dikatakan diambil dari stesen KTM yang menyatakan perkhidmatan KTM tidak akan beroperasi bagi hentian Bank Negara dan Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan:  Tular Video Pakcik Berdiri Rapat & Lintas Landasan Keretapi, KTMB Tampil Beri Respon

Artikel berkaitan: Tren KTMB Alami Kelewatan Gara-gara Ada Penumpang Sengaja Tarik Brek Kecemasan 

GwrIfSUbcAAYcrt

Pun begitu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan berbeza berkenaan pengumuman tersebut.

“Saya telah mengarahkan agar semua pengangkutan awam termasuk stesen-stesen keretapi KTMB and Prasarana untuk terus beroperasi seperti biasa pada 26 Julai 2025.

Kerajaan Madani mempertahankan hak kebebasan berhimpun, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan Kerajaan. Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup.

Yang lebih penting, pengangkutan awam kita harus terus berfungsi agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang,” tulisnya di Facebook.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

KTMB SAMBUT SARANAN MENTERI PENGANGKUTAN:
PERKHIDMATAN TREN BEROPERASI SEPERTI BIASA 26 JULAI
2025#KTMB #KTMB140 #KTMB140Years #KTMBAnniversary #MemacuWarisanMerentasGenerasi pic.twitter.com/6c6h8AmU24

— KTM Berhad (@ktm_berhad) July 25, 2025

Dalam pada itu, pihak KTMB juga membuat kenyataan di mana pihaknya menyambut baik arahan kementerian dan memberitahu perkhidmatan tren akan berjalan seperti biasa.

Sumber: Facebook, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.