Tular Rakaman Detik Bangunan Di Syria Dibedil Ketika Wartawan Sedang ‘Live’, 3 Dilaporkan M*ut

16 hours ago 10

Israel menyerang lagi? Kali ini Syria pula menjadi sasarannya apabila tiga orang dilaporkan terbunuh dengan 34 lagi cedera apabila Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas ibu pejabat Kementerian Pertahanan Syria di pusat bandar Damsyik.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Syria, serangan tersebut menyasarkan kawasan berhampiran istana presiden dan ini menjadikan ia antara serangan paling berani Israel ke atas Syria dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

3420934

Tular rakaman wartawan sedang ‘live’ berlatarbelakangkan bedilan Israel 

Dalam pada itu, kini sedang tular di media sosial beberapa rakaman yang memaparkan seorang penyampai berita yang sedang bersiaran di televisyen dan wartawan yang bertugas di lapangan terkejut apabila serangan itu berlaku di depan mata mereka.

Menerusi video yang pertama, seorang wartawan yang sedang melakukan standupper kelihatan terkejut apabila ternampak serangan udara itu yang kemudian membedil bangunan di belakangnya.

gabung

Dia kemudian menjerit ke arah rakan sejawatnya untuk meniarap ke jalan dan sebelum mereka cuba menyelamatkan diri sendiri.

Dalam rakaman kedua pula, kelihatan pembaca berita dengan tenang sedang bersiaran di televisyen sebelum dia dikejutkan dengan bunyi bedilan dan menunduk untuk menyelamatkan diri.

@sbsnews_au

Live news broadcasts captured the moment when Israel bombed the headquarters of the Syrian army in Damascus, a compound that also houses the defence ministry, on the third day of its attacks. Israel said it was seeking to defend the Druze minority after sectarian clashes in southern Syria. Syria said the Israeli strikes were a “dangerous escalation” and affirmed “its legitimate rights to defend its land and people”. Read more @sbsnews_au (link in bio).

♬ original sound – SBS News

Terdapat juga rakaman lain yang tular memaparkan situasi yang sama dengan ada di antara video memaparkan asap berkepul-kepul keluar dari bangunan yang sudah dibedil Israel.

Artikel berkaitan: Tentera Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa, Tahan 4 Orang Pengawal

Artikel berkaitan: Perang Israel-Iran: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz

Israel serang Syria kerana golongan Druze?

Dalam pada itu, Israel menyatakan serangan itu bertujuan untuk menghentikan penempatan semula pasukan rejim Syria ke wilayah Sweida, kawasan majoriti Druze yang kini bergolak akibat pertempuran antara kumpulan Druze, kumpulan Bedouin dan tentera kerajaan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz memberi amaran dengan mengatakan, “amaran di Damsyik telah berakhir – kini tiba masa untuk serangan menyakitkan” dan menegaskan komitmen negara haram itu untuk melindungi komuniti Druze di Syria.

41752700715 SyriaIsrael

Serangan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Sweida dengan lebih 250 orang terbunuh sejak hujung minggu lalu.

Bagi yang tidak tahu, Israel telah lama menganggap dirinya sebagai pelindung komuniti Druze yang juga merupakan sebahagian daripada populasi di Israel dan Dataran Tinggi Golan yang diduduki.

“Israel takkan membiarkan Druze diserang dan akan bertindak tegas terhadap cubaan sedemikian,” kata Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel.

Untuk info, golongan Druze ialah minoriti etno-agama berbahasa Arab yang mendiami Syria, Lubnan, Israel dan Dataran Tinggi Golan.

Agama mereka merupakan cabang dari Syiah Islam, tetapi mereka tidak menganggap diri sebagai Muslim.

Sumber: Astro AWANI (1) (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |