“Tunggang isu” – Ada Pihak Didakwa Jual T-shirt #Justiceforzara Untuk Kaut Untung?

1 month ago 53

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang isu menyayat hati tentang adik Allahyarhamah Zara Qairina, kita dapat lihat sendiri ‘laungan’ #Justiceforzara kini membanjiri semua platform media sosial.

Namun begitu, ada yang mendakwa bahawa terdapat pihak yang dikatakan cuba ‘menunggang’ isu ini untuk kaut untung.

Artikel berkaitan : Sebar Maklumat Palsu Tentang Kes Zara Qairina, KPM Sudah Buat 10 Laporan Polis

Artikel berkaitan : Ibu Zara Qairina Percaya Kematian Anak Ada Unsur Jenayah – Peguam

Dikhabarkan, pihak tersebut ingin menjual t-shirt #justiceforzara kepada orang ramai, dan hasil  jualam itu akan disalurkan kepada mangsa.  Ia menjadi pertikaian kerana sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan bahawa keluarga mangsa tidak menerima wang tersebut.

@aliffbusu2

Memang takda kerja lain Hellmie ni, Semua kes dia nak tunggang lepastu nak kaut untung pulak #ceohellmie #justice4zara #tiktoklive #livehighlights

♬ original sound – Aliff Busu – Aliff Busu

@aliffbusu2

Macam mana orang masih boleh percaya Hellmie Bana ni ?#tiktoklive #livehighlights #aliffbusu #ceohellmie #justice4zara

♬ original sound – Aliff Busu – Aliff Busu

Mereka mendakwa bahawa perkara yang sama terjadi kepada kes arwah adik Zayn Rayyan, jual t-sirt #Justiceforzaynrayyan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa tapi tiada. Bahkan, ada juga khabar yang mengatakan bahawa pembeli tidak menerima t-shirt itu dan warganet mendakwa pihak tersebut melakukan kaedah sama terhadap kes #Justiceforzara ini.

@shafnaufas

Tammpammhammm lahh

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Disamping itu, warganet turut menyatakan bahawa mendoakan buat arwah adik Zara sudah memadai dan memohon orang ramai untuk hormati keluarga mangsa untuk menuntut keadilan.

Malah, sebelum ini, individu yang dieprcayai waris kepada Arwah Zara Qairina juga telah memberi amaran tegas bahawa tindakan membuat baju tersebut diaggaps ebagai satu bentu ekploitasi terhadap mangsa dan keluarga serta berniat ambil kesempatan atas kesedihan orang lain.

Malah, pihak waris tidak pernah memberi sebarang keizinan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama, wajah atau sloga #JusticeforZaara untuk tujuan penjualan baju atau apa-apa aktiviti yang melibatkan keuntungan peribadi.

Boleh baca selanjutnya disini..

Hurm, waris sendiri pun dah larang, harap hormat lah mereka dan kami harap agar keadilan berpihak kepada keluarga Zara.

Sumber : Facebook, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |