syaz ft 2025 08 15T155525.909

Kejadian malang buat seorang wanita apabila dia terpaksa ditidurkan akibat parah disimbah petrol sebelum dibakar teman lelaki dalam kejadian cubaan membunuh berhampiran plaza tol Simpang Renggam, Johor.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5.46 pagi, Rabu lalu suspek berusia 44 tahun turut ditidurkan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom selepas melecur teruk.

Artikel berkaitan: Ugut Nak Simbah Asid, Jurulatih Gimnasium Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Gara-gara Tak Puas Hati, Suami Tergamak Simbah Petrol & B*kar Kereta Isteri

cats 10

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran sebuah kereta berhampiran plaza tol terbabit.

Bahrin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada pemandu bas pada hari sama berkenaan insiden cubaan membunuh menggunakan petrol.

Difahamkan, dalam kejadian itu, suspek dikatakan menarik tangan teman wanita berusia 37 tahun keluar dari bas dinaiki lalu menyimbah petrol ke atas mangsa serta ke badannya sendiri.

“Suspek kemudiannya menyalakan pemetik api lalu membakar badan mangsa dan dirinya.

Akibatnya, kedua-dua badan mangsa dan suspek terbakar serta melecur teruk.

Turut cedera dalam insiden itu seorang lagi lelaki berusia 30-an ketika cuba membantu mangsa yang mana lelaki ini melecur di bahagian tangan dan kaki.

Pada jam 6 pagi hari sama, ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital namun mangsa dan teman lelaki ditidurkan akibat kecederaan teruk dialaminya,” katanya.

Dalam pada itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran ataupun IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7766822 (hotline), 07-7784256 atau 014-3656822.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.