Sejak semalam, tular rakaman video Selawat Tafrijiyah nyanyian pelakon terkenal, Zarina Zainuddin yang menjadi perbualan ramai.
Video yang tular di TikTok itu menerima kritikan netizen yang mengatakan pelakon tersebut tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan bersuara sumbang.
Walau bagaimanapun, Zarina, 54, tidak melatah dengan kritikan terhadap alunan selawatnya dan dia bersyukur kerana perkongsian tersebut sedikit sebanyak mampu mengajak orang ramai mendapat pahala pula.
@zarinazainuddinzzSelamat Malam Selawat Tarfijiysh
♬ original sound – zarina zainuddin – zarina zainuddin
Artikel berkaitan: Zarina Zainuddin Nafi Jadikan Sky Okumura Sebagai ‘Content’, Hanya Ingin Kongsi Perkembangan
Artikel berkaitan: “Jangan sedap mulut je cakap” – Zarina Zainuddin Nafi Azil Pukul Pembantu Rumah
Menurutnya lagi, jika ada masa dia juga akan menyertai kelas vokal selepas ramai yang menasihatinya untuk berbuat demikian.
Saya baca saja komen netizen tapi biarlah memang suara saya tak sedap pun. Betullah apabila mereka ketawakan saya.
“Tapi ada juga orang komen kata saya ajak berselawat walaupun suara saya sumbang dan masing-masing dapat pahala.
“Nanti ada masa saya masuk kelas vokal,” katanya kepada mStar.
Katanya lagi, rakaman itu juga belum disunting sepenuhnya malah dia mengakui kesilapannya yang tak sabar untuk berkongsi kepada peminat.
Silap saya nak kongsi terlalu awal sebelum suntingan sehingga jadi macam itu (dikecam),” katanya.
Dalam pada itu, Zarina memberitahu yang rakaman itu dilakukan di Brunei bersama guru mengajinya yang juga di sana.
Dia juga tak berhasrat untuk menerbitkan album kerana dirinya bukan seorang penyanyi.
Apa-apapun bagus juga kalau usahanya nak ajak orang berselawat.
Sumber: mStar