Fikry Ibrahim Umum Dah Bercerai Sejak 173 Hari Yang Lalu

12 hours ago 22

Pelakon Fikry Ibrahim mengejutkan ramai apabila akhirnya membuka mulut mengenai status rumah tangganya dan mendedahkan bahawa dia dan bekas isterinya sudah berpisah sejak 173 hari lalu.

Menerusi satu kenyataan di Instagram, Fikry berkata dia mengambil sedikit masa sebelum berkongsi perkara tersebut kerana ada sesetengah perkara yang dirasakan lebih baik disimpan dan dilalui dengan tenang.

Malah, dalam satu hantaran, Fikry dilihat memuat naik satu foto berbusana ala baju melayu lengkap sambil duduk di atas buaian secara berseorangan.

Artikel berkaitan : Fikry Ibrahim Tampil Buka Mulut Isu Kemelut Rumah Tangga, Bagi Bayangan Masih Belum Berakhir

Artikel berkaitan : Fikry Ibrahim Tampil Buka Mulut Isu Kemelut Rumah Tangga, Bagi Bayangan Masih Belum Berakhir

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan – Fikry Ibrahim

Menurutnya, keputusan untuk tidak berkongsi lebih awal bukan kerana mahu menyembunyikan perkara berkenaan, sebaliknya dia memerlukan ruang untuk mengumpul kekuatan serta menerima ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

“Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Ada perjalanan yang Allah izinkan untuk kita tempuh bersama, dan ada perjalanan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berbeza.”

“Saya doakan semoga dia sentiasa dipelihara Allah, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya. Dan saya juga berdoa agar Allah memberikan saya ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan.”

Screenshot 2026 09 22 174334

Walaupun kini mereka tidak lagi bersama, Fikry mengakui bekas isterinya pernah menjadi seseorang yang dicintai serta sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

Disebabkan itu, dia memilih untuk mengenang segala perkara yang pernah dilalui bersama dengan doa dan ucapan terima kasih kerana pernah menjadi isterinya.

Fikry turut berharap agar Allah menjaga mereka masing-masing, mengampuni segala kekurangan serta menggantikan setiap perkara yang telah berlalu dengan sesuatu yang lebih baik.

“Semoga Allah menjaga kita masing-masing, mengampuni segala kekurangan, dan menggantikan setiap yang telah berlalu dengan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |