Batu Salah Duduk

Siapa sangka sekeping gambar seorang pemain bola sepak duduk di atas batu boleh mencetuskan fenomena sampai orang ramai sanggup beratur semata-mata nak bergambar di lokasi sama.

Itulah yang berlaku selepas bintang baharu Trabzonspor, Mohamed Salah, memuat naik gambarnya ketika duduk di atas sebuah batu di Trabzon, Turkiye.

Selepas gambar tersebut tular di media sosial, ramai peminatnya mula berkunjung ke lokasi berkenaan untuk meniru gaya Salah.

Malah, beberapa video yang dikongsikan dari kawasan tersebut menunjukkan orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkan giliran duduk atas batu itu dan mengambil gambar.

🚨The rock where Mohamed Salah sat has become a popular site for Trabzonspor fans to visit pic.twitter.com/uqErTMpHRF

— Polymarket Sports (@PolymarketSport) September 21, 2026

Artikel berkaitan: Mohamed Salah Tuntut Penjelasan UEFA Tentang Kematian ‘Pele Palestin’

Artikel berkaitan: Rezeki Tak Salah Alamat, Penonton Bola Sepak Jadi Pengadil Perlawanan Keempat Dapat Sorakan Penyokong

Batu yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan itu juga mula mendapat gelaran baharu dalam kalangan pengunjung, iaitu ‘Salahtası’, yang membawa maksud batu Salah.

Fenomena tersebut nampaknya semakin menjadi-jadi apabila media Turkiye melaporkan pada Ahad bahawa satu papan tanda bertulis ‘Salah Yaylası’, atau ‘Salah Plateau’, turut dipasang berhampiran lokasi batu itu oleh sekumpulan pencipta kandungan.

Situasi ini juga menunjukkan betapa cepatnya Salah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Trabzon selepas meninggalkan Liverpool untuk menyertai Trabzonspor pada musim panas ini.

Sumber: Gulf News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.