Satu rakaman CCTV yang memperlihatkan sebuah kenderaan polis berada berhampiran kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi di Kampung Tasik Tambahan, Ampang baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.
Bagaimanapun, polis menafikan dakwaan bahawa anggotanya mengiring kenderaan pencuri seperti yang tular di media sosial.
Polis nafi bersekongkol dengan pencuri kabel
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sebenarnya bertindak berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Menurutnya, kenderaan polis juga membuka lampu beacon mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas.
“Dakwaan (kenderaan polis) bersekongkol adalah tidak benar.
“MPV bertindak atas maklumat daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan kenderaan pasukan juga membuka lampu beacon mengikut SOP semasa menjalankan tugas,” katanya.

Artikel berkaitan: 2 Lelaki Jatuh Empangan Sebab Nak Curi Kabel, Seorang Hilang Dikhuatiri Lemas
Artikel berkaitan: 2 Individu Maut Dalam Lubang Pembetung Sedalam 6 Meter Lepas Curi Kabel
Noor Hisam turut menjelaskan bahawa tindakan anggota MPV berkenaan adalah susulan aduan orang ramai mengenai kejadian curi kabel.
Malah, seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut telah berjaya ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, rakaman CCTV dari sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian tular di media sosial.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Sinar Harian

18 hours ago
23































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















