Setiap orang mungkin pernah melakukan kesilapan dalam hidup. Namun, bagi seorang peniaga tau fu fah ini, peluang kedua yang pernah diterimanya lebih sedekad lalu menjadi sesuatu yang tidak pernah dilupakan.
Menurutnya, pada 2009, dia pernah melakukan kesilapan sehingga dikenakan tahanan terhad di Manjung. Tempoh tersebut menjadi titik penting dalam hidupnya apabila dia mengambil kesempatan untuk bermuhasabah dan berusaha mengubah kehidupannya.
Artikel berkaitan : Rosmah Terharu Sumbangan Tabung Solidariti Najib, Dedah Terima Derma Dari Brunei, Itali & Kanada
Artikel berkaitan : DS Najib Razak Sekeluarga Kini Sedang Berdepan Liabiliti Kewangan Cecah RM21 Bilion
Nak balas budi dan jasa baik
Namun tiga tahun kemudian, pada tahun 2012, satu pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menghadiri sebuah program di Manjung membuka jalan buatnya mendapatkan peluang kedua.
Dengan bantuan seorang penghulu tempatan, dia menyerahkan sepucuk surat rayuan kepada Datuk Seri Najib, memohon supaya tempoh tahanannya dapat ditamatkan lebih awal kerana mahu pulang menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sudah berusia.
Tidak lama selepas itu, dia menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri yang memaklumkan bahawa tempoh tahanannya telah ditamatkan lebih awal.

Selepas dibenarkan pulang, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu dengan berniaga tau fu fah. Bagi dirinya, peluang yang diberikan itu cukup besar maknanya dan sehingga kini masih diingati.
Susulan perkembangan Najib yang diberi pengampunan bersyarat, peniaga berkenaan menyatakan hasrat untuk menyumbang sebanyak RM10,000.
“Saya ingin menyumbang RM10,000. Saya bukan orang berada. Setiap mangkuk tau fu fah hanya memberi keuntungan sekitar RM1. Jadi, untuk RM10,000, saya perlu jual 10,000 mangkuk tau fu fah.”
Bagi peniaga tersebut, jumlah itu bukan kecil. Namun, dia sanggup berusaha kerana menganggap sumbangan itu sebagai tanda mengenang budi terhadap seseorang yang pernah membantunya ketika berada dalam kesusahan.

“Dulu beliau pernah membantu saya pulang. Hari ini, saya cuba membantu beliau dengan kemampuan saya.”
Katanya, sumbangan itu juga bukan kerana soal politik, sebaliknya atas dasar mengenang jasa dan membalas budi yang pernah diterimanya.
Daripada satu mangkuk tau fu fah yang untungnya cuma RM1, dia sanggup kumpul sedikit demi sedikit sehingga cukup RM10,000.
Sumber: Facebook

12 hours ago
17






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















