Selepas melalui pelbagai kekusutan berkaitan hal peribadi yang menjadi perhatian ramai, pempengaruh Jofliam akhirnya berkongsi perkembangan terbaharu mengenai hak penjagaan dua anak kandungnya, Han dan Yuki.
Hari ini, Jofliam memaklumkan bahawa mahkamah pada hari ini telah memuktamadkan hak jagaan penuh atau hak hadanah bagi kedua-dua anaknya diberikan kepadanya selaku ayah kandung.
Artikel berkaitan : Jofliam Kongsi Berita Gembira Cahaya Mata Baharu, Nama ‘Dylan Asmara Jofliam’ Jadi Pilihan
Artikel berkaitan : “Walaupun sepatutnya kena banyak rest” – Jofliam Beri ‘Hint’ Dewi Sedang Hamil?
“Pada hari ini, mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua anak kandung saya, Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya. Pihak-pihak telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komitan terhadap saya.”
Dengan tanggungjawab sebagai pemegang hak hadanah penuh, Jofliam berkata dia akan menjalankan amanah tersebut sebaik mungkin demi kedua-dua anaknya.
Dalam masa sama, dia turut menyatakan kesediaan untuk bersikap fleksibel dan bertoleransi demi kebajikan anak-anak.

“Saya akan bersikap fleksibel dan bertoleransi demi anak-anak. Terima kasih ya Allah. Saya juga memohon maaf atas kekusutan yang telah berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak. Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baru saya,” katanya.
Dalam hantaran sama, Jofliam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan memberikan yang terbaik buat dirinya serta anak-anak.
Sumber: Instagram

16 hours ago
22































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















