Selepas hampir sembilan tahun tidak dikesan, kemunculan semula ‘Raja Penyu’ di pesisir pantai Terengganu ternyata membawa satu perkembangan cukup istimewa apabila seekor penyu belimbing dipercayai kembali mendarat untuk bertelur.
Lebih menarik, pendaratan kali ini bukan sekadar meninggalkan jejak dan telur apabila kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu berpeluang menyaksikan sendiri detik ibu penyu itu menghasilkan telurnya di Pantai Kuala Abang, Dungun pada awal pagi tadi.
“Pasukan bertugas bukan sekadar menemui jejak, malah berpeluang menyaksikan sendiri haiwan berukuran 215 sentimeter panjang dan 115 sentimeter lebar itu mengeluarkan telurnya.
“Mereka amat bertuah kerana bukan sekadar melihat jejak dan telur, malah turut dapat menyaksikan si ibu penyu kembali semula ke laut dalam jam 5.30 pagi,” tulis Jabatan Perikanan Terengganu di Facebook.

Penyu berkenaan telah menghasilkan sebanyak 70 biji telur yang kemudiannya dikumpulkan sebelum dipindahkan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang bagi tujuan keselamatan serta proses penetasan.
Artikel berkaitan: “Dah lima tahun tak nampak” – Jabatan Perikanan Dedah Pendaratan Penyu Semakin Merosot
Artikel berkaitan: Pelajar 11 Tahun Jual Biskut Hasil Tangannya Demi Bantu Beri Dana Untuk Pemuliharaaan Penyu
Tiga kali mendarat pada bulan yang sama
Penyu yang mendarat itu dipercayai berkemungkinan merupakan spesies sama yang pernah dikesan mendarat pada 1 (44 telur) dan 13 September lalu (81), menjadikan keseluruhan jumlah telur yang dikumpulkan sebanyak 195 telur.

Kemunculan spesies penyu terbesar di dunia ini juga menjadi sesuatu yang cukup bermakna selepas ia hampir sembilan tahun tidak dikesan mendarat di Terengganu sekali gus menunjukkan kawasan pesisir pantai di negeri itu masih sesuai dan selamat untuk penyu belimbing.
Pihak berkuasa menjangkakan kemungkinan penyu tersebut akan mendarat lagi, memandangkan spesies ini berupaya bertelur sehingga lima kali dalam satu musim pembiakan.

17 hours ago
19































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















