Daripada lakaran ringkas dalam koleksi buku, siapa sangka Labubu ciptaan lelaki kelahiran Hong Kong iaitu Kasing Lung kini menjadi satu fenomena seluruh dunia selepas ianya ‘dihidupkan’ dalam bentuk patung oleh syarikat Pop Mart.
Patung yang memiliki wajah unik daripada mainan ‘blind box’ itu kini menjadi kegilaan semua orang dan menjadikan CEO kepada syarikat Pop Mart iaitu Wang Ning menjadi seorang billionair dan dikatakan kekayaannya melonjak naik dalam masa setahun.
Artikel berkaitan : Penyanyi Rock Terkenal & Pelakon Popular Antara 50 &’Artis Kaya’ Tapi Berstatus Bankrap
Artikel berkaitan : Zuckerberg Kini Lebih Kaya Daripada Bezos, Dinobat Sebagai Orang Kedua Terkaya Di Dunia
Difahamkan nilai bersih lelaki berusia 38 tahun itu meningkat 4 kali ganda daripada 7.59 bilion dolar pada 2024 kepada 22.1 bilion pada Jun 2025! Demam Labubu ini dilihat mendominasi Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, dilihat ramai orang menghabiskan banyak wang semata-mata untuk mendapatkan satu anak patung ini.
Difahamkan patung yang bersaiz manusia ini pernah dihasilkan dan dijual dengan harga 1.08 juta Yuan ($150,275.51).
Populariti anak patung itu telah menjadikan Wang orang ke-10 terkaya di China dan lelaki termuda terkaya di negara itu, selin pengasas TikTok Zhang Yiming, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun, pengasas Nongfu Spring, Zhong Shansha dan banyak lagi.
Anak patung Labubu ialah mainan mewah dan patung berdasarkan watak daripada siri buku The Monsters yang dicipta oleh seorang pelukis kelahiran Hong Kong, Kasing Lung. Ia diinspirasikan daripada cerita dongeng Nordic, populariti figura makhluk bunian kecil itu melonjak apabila Lisa daripada kumpulan Blackpink dilihat bersamanya. Apa menjadi ikutan ialah sampaikan selebriti turut terjebak dengan mempamerkan anak patung itu, termasuk Kim Kardashian, Rihanna, Dua Lipa dan ramai lagi.
Sumber : NDTV Lifestyle