July 2, 2025, 10:52 am

syaz ft 2025 07 02T104507.003

Seorang lelaki mengelak maut apabila dia terselamat selepas tercampak sedalam 7.6 meter di kawasan longkang berpaya selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, awal pagi ini.

Menurut laporan Kosmo!, mangsa berusia 40 tahun itu hanya mengalami kecederaan selepas operasi penyelamatan hampir dua jam.

Artikel berkaitan: Lori Terbabas Jatuh Dalam Gaung, Suami Maut, Isteri Tercampak Keluar

Artikel berkaitan: Wanita Bengang Lepas Terlibat Kemalangan, ‘Naik Tangan’ Dekat Pakcik Teksi Hingga Kopiah Tercampak

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.14 pagi.

“Berdasarkan maklumat mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Aruz telah melanggar sebuah lori,” katanya.

Difahamkan, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.12 pagi dengan mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.