ft nurul zahid

Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan rasa terkilan apabila ada media menggunakan gelaran ‘Anak Zahid’ buatnya dalam satu tajuk berita berbanding menggunakan namanya.

Jelas Nurulhidayah, beliau anggap tindakan itu telah menghakis identitinya sebagai seorang individu yang berdikari.

Artikel berkaitan : “It’s a hurtful process” – Nurul Zahid Rasa Terkesan Fazura & Fattah Amin Nak Cerai Sebab…

Artikel berkaitan : Anak-anak Ahli Politik Beraksi, Yana Najib & Nurul Zahid Menang Jawatan EXCO UMNO

“Saya sedar siapa Abah saya, dan saya bangga menjadi anak kepada Ahmad Zahid bin Hamidi. Namun pada masa yang sama, saya juga seorang individu yang punya pendapat, prinsip dan identiti sendiri.”

Beliau turut menegaskan bahawa setiap insan wajar dikenali dan dihormati atas nama serta usaha mereka sendiri tanpa perlu merujuk kepada identiti ahli keluarga.

Screenshot 2025 07 02 174216

“Apabila media terus-menerus menggugurkan nama saya sendiri dan menggantikannya hanya dengan label ‘anak Zahid’, ia secara tidak langsung menghilangkan pengiktirafan terhadap kerjaya, pandangan dan sumbangan saya sebagai individu.”

Tambahnya media perlu mempunyai tanggungjawab profesional untuk melaporkan secara tepat dan adil, selari dengan etika kewartawanan untuk menghormati identiti seseorang tanpa pelu mengira latar belakang keluarga.

Bagaimanapun, beliau bukanlah meminta untuk dipandang tinggi, cuma perlu gunakan nama penuhnya seperti mana media menyebut individu lain dalam liputan mereka.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.