Selepas kematian Arwah Nurly Sahirah iaitu pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam nahas bas ketika dalam perjalanan pulang ke kampus beberapa minggu lalu, ramai orang awam yang telah menziarahi pusara dan rumah arwah di Besut kerana mahu melihat sendiri Tahriri atau Al-Quran tulisan tangan arwah.
Selain itu, mereka yang telah menziarahi pusara arwah pula mengatakan mereka dapat menghidu bau wangi apabila ke situ.
Namun, setelah ada sesetengah pihak yang membuat perkara yang tidak baik ketika meziarahi pusara arwah seperti mengambil tanah kubur dan sapukan pada muka anak, keluarga arwah Nurly memutuskan untuk memasang tali di sekeliling kawasan kuburnya.
Mereka yang mahu meziarahi pusara arwah tidak dibenarkan untuk melintasi tali penghadang tersebut.
Artikel berkaitan: Keluarga 15 Pelajar UPSI Terkorban Dalam Nahas Diberikan Tajaan Pakej Umrah Percuma
Artikel berkaitan: Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan
Dalam masa yang sama, keluarga arwah Nurly Sahirah turut memaklumkan bahawa kediaman mereka akan ditutup kepada umum tidak dalam lagi kerana mereka tidak akan menerima tetamu bermula 2 Julai ini (Rabu) sehingga 5 Julai nanti (Sabtu).
Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook oleh Ahmad Nazrul.
Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang berpendapat keputusan yang dibuat oleh keluarga arwah adalah keputusan yang tepat kerana mereka sekeluarga juga perlu berehat memandangkan kediaman mereka tidak putus-putus dikunjungi tetamu yang mahu menziarah sejak tragedi tersebut.
Mohd Najmuddin iaitu abang Nurly Sahirah mengatakan mereka membuat keputusan itu kerapa bapa mereka mahu berehat.
Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berpendapat bahawa orang ramai juga boleh menziarahi pusara-pusara 14 mangsa yang lain juga serta membantu pelajar-pelajar UPSI yang terselamat dalam kejadian itu.
Sumber: Sinar Plus